|
|
| PEMBANGUNAN TANAH (PERTANIAN) |
TANAH BERPOTENSI UNTUK PERTANIAN
Kajian sumber-sumber tanah menunjukan bahawa 64,342 hekter (sekitar 37%)
daripada 173,600 hekter keluasan tanah daerah ini sesuai untuk pertanian.
Setakat ini hanya lebih kurang 24,440 hekter (37%) daripada tanah-tanah
tersebut telah diusahakan dan dimajukan. Oleh kerana kegiatan ekonomi
penduduk luar bandar sangat bergantung kepada sektor pertanian adalah
dijangkakan pengusahaan tanah-tanah pertanian terutamanya untuk tanaman
kelapa sawit, buah-buahan dan tanaman kontan akan bertambah.
TANAM-TANAMAN PERTANIAN DALAM EKONOMI BEAUFORT
Tanam-tanaman utama Daerah Beaufort ialah getah, kelapa sawit, padi,
buah-buahan, tanaman jangka panjang dan lainnya seperti kelapa dan
tanaman kontan seperti jagung, ubi-ubian, keladi dan sayuran.
Dari segi keluasan tanah yang ditanami dengan getah iaitu 9,791 hekter (1992)
berbanding 6,856 hekter (1990). Luas tanah yang ditanami dengan kelapa sawit
juga bertambah setiap tahun ia itu 6,280 hekter (1992) berbanding 5,366 hekter
(1990).
Padi merupakan tanaman tradisional yang hampir keseluruhan diusahakan oleh
pekebun-pekebun kecil untuk kegunaan sendiri. Walau bagaimanapun lebih
60% keperluan beras di daerah ini masih bergantung kepada bekalan import
kerana hanya terdapat 1,800 hekter tanaman padi siusahakan setiap tahun.
Penduduk daerah Beaufort adalah terdiri daripada berbilang
suku kaum. Suku kaum yang terbesar ialah suku kaum Bisaya
(Melayu) 60% diikuti dengan suku kaum Kadazan/Dusun 14%
Brunei/Kedayan (Melayu) 12%, suku kaum Murut 9%, suku
kaum cina 3% dan lain-lain seperti suku kaum Jawa, India
berketurunan Melayu 2%. Keseluruhan peratus kaum bumiputera
ialah 97% manakala 3% pula bukan bumiputera.
|
|
|
|