DATUK Seri Panglima Hj. Lajim Hj. Ukin merupakan pemimpin UMNO yang berjasa besar membawa kemenangan UMNO dan BN di Sabah. Beliau sekarang merupakan Ketua Bahagian UMNO Beaufort
Beliau yang juga bekas Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Ketua Menteri berkata, walaupun sudah tidak memegang apa-apa jawatan tertinggi dalam Kabinet negeri dan parti, ia bukan alasan untuk beliau meneruskan khidmat beliau sebagai wakil rakyat di kawasannya dan pemimpin UMNO
Berbanding semasa saya masih memegang gelaran menteri dan juga ahli MT, saya kini tidak terikat dengan mana-mana pihak oleh itu saya boleh meluangkan lebih banyak masa bersama parti,'' ujar beliau.
Datuk Seri Panglima Hj. Lajim Hj. Ukin mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Kebatu dan di peringkat menengah di Sekolah Menengah St. John, Beaufort.Pemegang diploma Pengurusan dari Pacific Southern University, Los Angeles, Amerika Syarikat ini mula berjinak-jinak dalam politik setelah menyertai parti USNO pada akhir tahun 1970-an.
Bagaimanapun, tempoh Lajim bersama USNO tidak lama apabila Parti Berjaya menumbangkan USNO dan beliau memutuskan menyertai Berjaya dan kemudiannya di lantik sebagai Ketua Pemuda Berjaya Bahagian Klias.Sekitar tahun 1983, beliau nekad meninggalkan parti Berjaya dan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan pada masa itu.
Pada pilihan raya 1985, beliau yang bertanding atas tiket PBS di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, tewas kepada Datuk Azizah Mohd Dun dari USNO, bagaimanapun berjaya menebus balik kekalahannya daripada Azizah pada tahun berikutnya. Pada tahun 1989, beliau diberi kepercayaan oleh Pairin dan dilantik sebagai Naib Presiden PBS tanpa bertanding dan berjaya mengekalkan kerusi Klias pada pilihan raya 1990.
Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden PBS selepas tewas kepada Datuk Ahmad Baharom Titingan pada tahun 1992.Lajim dilantik semula untuk jawatan itu bagi penggal 1992/1995 dan pada pilihan raya umum 1994 sekali lagi mempertahankan kerusi DUN Klias apabila menewaskan Datuk Anifah Aman dari Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, pada Mac 1994, Lajim mengambil keputusan drastik menyertai parti UMNO dan menjadi Ketua Cawangan UMNO Kampung Kebatu. Setahun kemudian beliau terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort setelah menewaskan pencabarnya, Datuk John Ghani.
Pada tahun 1998, Lajim menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Beaufort bagi penggal 1998/2001 dan pada 11 Mei 2000, beliau terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi penggal 2000/2003 dengan memperoleh 932 undi untuk menduduki tempat ke-22.
Pada pemilihan tahun 2001, Lajim berjaya mengekalkan jawatan Ketua UMNO Beaufort selepas menang tanpa bertanding bagi penggal 2001/2003.Hasil perkahwinannya dengan Datin Normilah Siong, beliau dikurniakan dua orang anak iaitu Nor Azianie dan Mohd Ajazrin.
Lajim yang kini menjadi Ketua Merinyu Projek Kerajaan Negeri Sabah sejak April lalu pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan negeri seperti Setiausaha Politik di Jabatan Ketua Menteri, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Menteri Pertanian dan Perikanan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Timbalan Ketua Menteri.
TURUN PADANG: Melawat Kampung
SENTIASA BERSAMA RAKYAT